Thursday, December 13, 2012

Kisah Cinta Zuaikha Kepada Nabi Yusub AS


Kehebatan Cinta Nabi Yusuf kepada Siti
Zulaikha.....
Siti Zulaikha asalnya adalah isteri
pembesar Mesir.Dulu ia hidup dalam
kemuliaan dan kemewahan,di samping
wajahnya yg cantik dan
menawan.Namun akhirnya setelah
suaminya tiada,ia menjadi
miskin,wajahnya menjadi tua,namun
demikian,kecintaannya terhadap Nabi
Yusuf as tidak berkurang walaupun
sedikit. Malah sebaliknya makin
bertambah dari sehari demi sehari.
Ketika keadaannya begitu
mengecewakannya,ia yg dulunya
menyembah
berhala kini berhala-berhala tersebut di
hempasnya hingga pecah dan hancur.
Kemudian ia menjadi orang beriman
kapada Allah SWT.
Pada suatu malam iaitu malam
Jumaat,Siti Zulaikha bermunajat
kpd Allah SWT :"Ya Allah,tidak sedikit
pun harta dan kekayaanku
tinggal,semuanya telah musnah,dan aku
telah menjadi orang yg tua,terhina dan
miskin.Lalu Engkau uji pula hamba-Mu
ini dgn rasa cinta terhadap Yusuf
as.Maka pertemukanlah aku dgnnya,
atau Engkau hilangkan rasa cinta
terhadapnya dalam kalbuku."
Para malaikat mendengar munajat Siti
Zulaikha tersebut lalu berkata : "Wahai
Tuhan kami,sesunguhnya Zulaikha telah
datang ke hadrat-Mu,memohon
kpd-Mu dgn iman dan ikhlas.Maka Allah
berfirman :Wahai para malaikat-Ku ,telah
dekat masa keuntungan dan
kebebasannya."
Pada suatu hari,Nabi Yusuf as berjalan
melalui pondok Siti Zulaikha
bersama dgn rombongan
tenteranya.Maka keluarlah Siti Zulaikha
dari dlm pondoknya, dan pergi
menemui rombongan Yusuf as ia
berkata :"Maha Suci Allah yg telah
menjadikan dgn rahmat-Nya seorg
hamba sebagai raja.
Kemudian Yusuf bertanya :"Siapakah
engkau?Zulaikha menjawab :Aku adalah
org yg telah membelimu dgn
permata,intan,berlian,emas,dan
perak,dan
minyak yg paling wangi.Akulah org yg
tidak pernah kenyang dari makanan
semenjak aku menyintaimu dan mataku
tidak dapat ditutupkan semenjak
memandangmu. Yusuf berkata :Mungkin
engkau adalah Zulaikha! Jawab
Zulaikha :Benar."
Yusuf bertanya lagi :"Ke manakah
hartamu ,kecantikan dan segala
kemewahanmu yg dulu? Zulaikha
menjawab :Semuanya telah lenyap
akibat cintaku kpdmu.Yusuf bertanya :
Bagaimana dgn keadaan cintamu itu?
Zulaikha berkata :Cintaku tetap tidak
berubah seperti dahulu,malah setiap
saat bertambah menyintaimu."
Kemudian Nabi Yusuf as berkata kpd
Zulaikha :"Apakah yg Engkau inginkan
wahai Zulaikha?
Zulaikha menjawab :Aku menginginkan
tiga perkara,iaitu kecantikan,harta,dan
perkahwinan".Kemudian Yusuf as ingin
pergi meniggalkan Zulaikha,namun Allah
SWT mewahyukan kpdnya :"Wahai
Yusuf engkau telah berkata kpd
Zulaikha apa yg engkau inginkan.Akan
tetapi engkau tidak memberi jawapan
atas keinginannya itu.Ketahuilah olehmu
bahawasanya Allah telah mengahwinkan
Zulaikha dgnmu,Dia telah mengucapkan
khutbah sendiri,disaksikan oleh para
Malaikat dan bidadari-bidadari pun telah
menabur bunga-bunga.
Nabi Yusuf as berkata kpd Jibril
as:"Wahai Jibril,sesungguhnya Zulaikha
tidak lagi memiliki harta,dan
kecantikan.Jibril as menjawab: Allah
berfirman kpdmu :Walaupun Zulaikha
tidak memiliki kecantikannya lagi,namun
sesungguhnya Aku mempunyai
kekuasaan dan kebesaran."
Kemudian Allah SWT memberikan kpd
Zulaikha dgn paras rupa yg muda dan
sangat cantik sekali,melebihi kecantikan
yg pernah dimilikinya dulu.Lalu Allah
menanamkan rasa cinta dan kasih
sayang kedalam hati Yusuf
as.Sebelumnya Nabi Yusuf as sebagai
org yg dicintai,namun sekarang Nabi
Yusuf as menjadi pencinta. Dulu,
Zulaikha sebagai org mencintai namun
sekarang menjadi org yg dicintai.
Akhirnya Nabi Yusuf membawa Zulaikha
ke singgahsananya.
Ketika Nabi Yusuf ingin bermesra dgn
Zulaikha,di lihatnya Zulaikha baru
sahaja mengerjakan solat,kerana itu,ia
pun menunggu sampai Zulaikha siap
menunaikan solat.Setelah lama
menunggu,namun Zulaikha belum
selesai
mengerjakan solatnya.Nabi Yusuf as
pun tidak sabar lagi dan
berkata :"Wahai
Zulaikha,bukankah dahulu engkau telah
mengoyakan bajuku ketika aku
hendak lari daripadamu?"
Zulaikha lalu memberi salam,kemudian
ia berkata:"Memang dahulu aku
begitu,namun sekarang hatiku tidak
seperti dahulu ."Setelah memjawab
ucapan Nabi Yusuf as maka Siti Zulaikha
ingin melanjutkan solatnya.Akhirnya
Yusuf menarik baju Zulaikha ke
arahnya,maka baju itu menjadi
koyak.Kemudian
Jibril turun mengatakan :"Wahai
Yusuf,baju dibalas baju,maka
terhapuslah
cercaan yg terjadi antara engkau dan
Zulaikha dahulu."
Cinta yg berlandaskan keimanan dan
ketaqwaan akan dibalas dgn
kebahagiaan
dunia dan akhirat dan kekal bersama-
sama ke syurga. Sungguh hebat cinta
hamba-Mu,kerana mereka melabuhkan
cinta kepada-Mu dahulu barulah mereka
merintih cinta seorg manusia.Allah telah
menentukan siapa jodoh kita,dan kita
hendaklah menerima seadanya dgn
penuh syukur dan redha.
Sesungguhnya Allah berkuasa terhadap
makhluknya.Dia menanamkan setiap
makhluknya dgn rasa kasih sayang dan
cinta setiap pasangan yg telah
ditentukan oleh-Nya.Oleh itu ,marilah
kita sama-sama menjaga cinta kita kpd
kekasih-Nya Muhammad Rasulullah SAW
dan cinta sejati-cinta kepada Ilahi lebih
dari segala-galanya.